Tuesday 12 July 2011

Sedarkah kamu wahai pemimpin


Sedarkah kamu wahai pemimpin....
Adakah kamu lupa tugas yang diamanahkan kepada kamu....
Hinggakan kamu bermusuhan sesama sendiri mengakibatkan pengikut dan rakyat terseksa.....

Saya sebagai pelajar....sebagai HambaNya...sebagai rakyat.....sebagai aset negara....sedih....akan sebilangan antara kamu yang mengkutak-katikkan janji kamu kepada kami semua....

Bagi saya...kejadian baru-baru ini adalah salah semua pihak...sedih saya melihat video-video itu...

kami sebagai rakyat akan patuh kepada kamu ..selagi kamu berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-sunnah.. ;


H.R Abu Daud dan Tarmizi

Daripada Abi Najih'irbadh bin Ariyah r.a. berkata : "Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan airmata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata ; Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kpd pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya, sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa' Ar Rasyidin Al Mahdiyin (khalifah-khalifah) yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan kerana sesungguhnya tiap tiap bid'ah itu adalah sesat,"



~Jadi akhirilah perselisihan antara kamu dengan sebaik-baiknya wahai pemimpin....Jangan jadikan kami sebagai mangsa didalam politik..ingatlah..wahai pemimpin....
berpolitik untuk islam ,bukannya islam untuk berpolitik....~

Sekadar Teguran untukmu Pemimpin

No comments:

Post a Comment

FACEBOOK COMMENTS

Channel ku ( RaZi_5047 - Live STreAminG)

JOm KaWaN2 KiTa SeRTai HeaRTBeaT....